Gayong Perdana 2010






pada tarikh keramat 3/10/2010 telah berlangsungnya satu upacara yang gilang gemilang di Padang Dataran Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) iaitu majlis penganugerahan sandang Khalifah Agung Muda kepada Dato' Seri Najib Tun Razak perdana menteri malaysia yang diterima dari Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia diatas pencapaian Dato' Seri yang telah membangunkan Malaysia khususnya dalam segala aspek kemsyarakatan.

Sandang kebesaran ini membawa maksud pimpinan tertinggi yang akan membantu persatuan untuk kekal sebagai persatuan yang banyak membantu rakyat umumnya.

disamping itu juga majlis ini diserikan lagi dgn perhimpunan terbesar anak-anak gayong seluruh malaysia serta kehadiran anak-anak gayong dari seluruh pelusuk dunia.seramai lebih 3000 pesilat-pesilat berkumpul bagi meriahkan lagi istiadat penerima sandang.

Tokoh-tokoh yang turut terlibat dalam upacara ini Menteri Besar Negeri Sembilan,Menteri Besar Perak,Timbalan Menteri Pembangunan Malaysia.